Saturday, 30 July 2011

Bulan Ramadhan datang kembali:Ramadhan Kareem

Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah s.w.t.
Prof. Doktor Wahbah az-Zuhaili. (di dalam Tafsir al Munir : Juzuk kedua/ muka surat 130. Cetakan Darul Fikri Damsyik) ketika menafsirkan ayat ini menyebut bahawa Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t melalui beberapa faktor :
1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah s.w.t. (Seseorang boleh makan lalu berpura-pura lapar di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah s.w.t. Justeru Allah s.w.t adalah Tuhan yang Maha Mengetahui)
2. Mengekang keterlanjuran syahwah dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. (lantaran puasa melemahkan gelora nafsu)
3. Mencetus naluri yang peka (sensitive) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain. (Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik)
4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang–orang kaya dan miskin. (di sisi Allah s.w.t)
5. Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas sistem (yang benar dan menepati fitrah) dan mendisiplinkannya.
6. Memulihkan struktur dalaman tubuh, menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانً۬ا وَيُكَفِّرۡ عَنڪُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar
[Surah Al-Anfal 8 : Ayat 29]

Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa.
Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud; "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.
Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api Neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya.
Segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa. Menurut penceramah bebas, Ustaz Hazlin Baharin, Ramadan itu dikatakan sebagai bulan penyucian jiwa kerana ia dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada sebarang kerosakan dan gangguan syaitan.
Tetapkan Taqwa
Ramadhan juga merupakan masa terbaik untuk menyucikan jiwa kerana orang yang berpuasa perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau sekurang-kurangnya yang boleh mencacatkan puasa. Justeru, segala tabiat buruk sebelum ini perlu ditinggalkan.
Apabila cabaran utama yang hadir dalam diri ini mampu diatasi oleh manusia itu bermakna mereka telah berjaya melawan godaan nafsu Syaitan yang mahu merosakkan jiwa mereka. Maka sebahagian daripada penyucian jiwa telah berjaya dilepasi. Tambah Ustaz Hazlin lagi, sekiranya halangan ini mampu dilepasi, maka mereka telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar dan secara langsungnya ini telah dapat menyucikan hati daripada melakukan perbuatan maksiat.

Tuesday, 26 July 2011

Bisnes usahawan yg menguntungkan


Slm kpd semua shbt,sesiapa yg berminat membuat part time sbgi usahaawan yg menguntungkn silalah mghubungi sy di talian:0132752295,insyallah sy akn membantu anda semua...pekerjaan ini tlh diluluskn oleh timbalan perdana menteri spt gmbr di ats,jd ia adlh yg terbaik,,,insyallah..anda blh merujuk ke lmn web bisnesjaya.com..

Friday, 22 July 2011

Isu Premis Hiburan: Islam Tidak Bersifat Diskriminatif

Muttakhir ini, isu premis hiburan makin hangat dimainkan di semua peringkat media dalam negara ini terutama selepas timbulnya isu pengharaman terhadap premis-premis hiburan oleh kerajaan negeri Kedah dan kerajaan negeri Melaka bersetuju melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan malam di sekitar Melaka. Isu ini menimbulkan konflik yang serius dalam kalangan masyarakat Malaysia apabila ianya membabitkan kepentingan agama, masyarakat Islam dan bukan Islam dan juga kepentingan pengaruh politik sesetengah parti-parti politik di Malaysia.

ISIUKM melihat isu ini sebagai satu cabaran buat seluruh umat Islam di Malaysia untuk melihat dari perspektif yang rasional berpandukan kepada tujuan utama syariat ALLAH diturunkan kepada seluruh manusia. Dalam maqasid syariah, Islam telah membahagikan kepada beberapa bahagian iaitu dharuriyyat (keperluan asasi yang wajib dipenuhi setiap manusia), hajiyyat (kemaslahatan yang bersifat keperluan dan hajat manusia) dan tahsiniyyat (kemaslahatan dari aspek adat dan kesempurnaan akhlak). 

Berpandukan kepada kesemua bahagian maqasid syariah di atas, jelas sekali syariat yang diturunkan kepada manusia adalah bertujuan menjaga keseluruhan manusia daripada ditimpa sebarang masalah pada diri mereka sendiri, malah kepada seluruh elemen yang berada di sekitar mereka sendiri termasuklah alam sekitar dan binatang-binatang.

Dalam perkara dharuriyyat, Islam telah menggariskan 5 perkara utama yang wajib dipenuhi oleh setiap manusia iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara keturunan, memelihara akal dan memelihara harta.

Oleh itu, berpandukan kepada perkara di atas, ISIUKM menyokong penuh tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Kedah untuk memberi kebenaran bersyarat kepada seluruh pemilik kelab hiburan malam di negeri Kedah untuk menjalankan operasi mereka dalam bulan Ramadhan dengan memastikan tiada orang Islam mengunjungi premis mereka.

Bukti Islam Tiada Diskriminasi

Tidakan sebegitu adalah amat wajar dibuat dalam keadaan taburan penduduk di negeri Kedah yang berbilang kaum dan agama. ISIUKM menyifatkan tindakan tersebut adalah bijak setelah meneliti keputusan tersebut masih dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syarak dan tidak melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh Islam.



Malah, ISIUKM turut yakin bahawa tindakan tersebut telah membuktikan Islam bukanlah agama yang menindas hak penganut agama lain dalam segala perkara walaupun ianya membabitkan perkara yang dilarang oleh Islam terhadap penganutnya sendiri. Seperti dalam isu ini, Islam sesekali tidak mengamalkan konsep diskriminasi kerana pengertian Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam sudah menjawab segala persoalan kita tentang isu ini.

Islam Menghormati Hak Bukan Islam

Islam telah memberi jaminan yang jelas bahawa setiap hak orang bukan Islam akan dihormati dan dipenuhi. Sejarah dunia sentiasa membuktikan bahawa Islam sentiasa menjaga dan melindungi hak-hak orang bukan Islam biarpun orang-orang bukan Islam tergolong dalam kelompok minoriti dalam sesebuah masyarakat tersebut. Namun begitu, kemaslahatan atau kepentingan kelompok majoriti haruslah dihormati sesama kita agar keharmonian dapat diwujudkan dalam masyarakat.

Isu premis hiburan juga menuntut seluruh masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam untuk bertolak ansur dan saling memahami hak dan kepentingan masing-masing serta memastikan ianya tidak menjejaskan keharmonian negara dan amalan beragama masing-masing.

Islam Bukan Hanya di Kedah

ISIUKM menganggap adalah malang bagi masyarakat Malaysia jika hanya melihat isu ini dari sudut kepentingan survival politik sesetengah parti sahaja tanpa memikirkan sesuatu perkara yang lebih besar seperti persefahaman antara agama serta perpaduan kaum dan sepatutnya secara tidak lansung menyumbangkan ke arah kematangan warga Malaysia bertindak dalam menangani isu-isu sebegini.

Justeru, ISIUKM menyeru agar langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Kedah dicontohi dan dituruti oleh kerajaan negeri yang lain terutamanya bagi persiapan menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Ketepikan kepentingan politik, duduk dan berbincanglah secara rasional demi melihat masalah sosial yang semakin membarah dalam masyarakat Islam di Malaysia dapat di atasi. 

Oleh itu, ISIUKM menasihati kerajaan negeri Melaka agar menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan tempoh pengoperasian pusat hiburan malam sehingga pukul 3 pagi serta menyifatkan bahawa keputusan itu adalah tidak wajar setelah memikirkan umat Islam di Malaysia bakal menyambut kehadiran Ramadhan dalam tempoh terdekat.

"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"

ISLAM UNTUK SEMUA

Thursday, 21 July 2011

Taubat Sekali, Esok Dosa Lagi

"Assalamualaikum.. Maaf, saya ingin bertanya tentang dosa ber'couple' pada anta. Kawan baik saya kini berada di alam percintaan. Dia selalu melakukan perbuatan yang tidak elok dengan kekasihnya contohnya berpeluk dan banyaklah lagi perbuatan-perbuatan lain yang boleh dikategorikan sebagai maksiat. Walaubagaimanapun, dia memberitahu saya bahawa dia tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa bertaubat kerana dia sedar akan kesalahan-kesalahan yang dilakukannya. Saya keliru, adakah taubatnya tetap diterima Allah kerana sejurus selepas dia bertaubat dia akan melakukan maksiat semula, kemudian dia bertaubat lagi dan berterusan melakukan dosa yang sama?"
Saya diajukan soalan tersebut oleh seorang sahabat yang benar-benar mengambil berat kepada rakannya. Alhamdulillah, sahabat saya ini inginkan kepastian kerana dia sayang akan rakan karibnya. Sudah pasti dia tidak mahu rakan karibnya terus bergelumang dengan dosa.
Saya terpanggil untuk menjawab permasalahan ini. Berhenti daripada perbuatan dosa bukan semudah mencuci debu di jendela. Lebih-lebih lagi dosa yang sudah sebati dalam kehidupan kita. Dosa yang apabila dibuat, langsung tidak rasa gentar kepada Allah. Dosa yang direlakan atas bisikan syaitan yang mengatakan tidak mengapa, Allah Maha Pengampun.
Itulah dosa yang telah sebati dengan kehidupan. Belum lagi dosa-dosa lain yang kita lakukan tanpa sedar, dan dosa-dosa yang tidak ternampak dari pandangan mata kita  Alangkah banyaknya dosa kita pada Allah. Iblis yang baru sekali ingkar kepada Allah pun telah Allah campakkan ke bumi dan telah Allah janjikan Api neraka untuknya selamanya. Apatah lagi kita manusia yang berkali-kali mengulangi dosa. Astaghfirullahalazim..
Setujukah kalian sekiranya saya ibaratkan hidup ini sebagai sebuah gelas kosong? Gelas yang lutsinar, kosong tidak berisi dan setiap pandangan manusia bisa tembus melalui kaca gelas tersebut. Itulah kita ketika dilahirkan. Suci daripada segala kotoran dan kejahatan. Matlamat kita jelas untuk menjadi hamba kepada Allah yang esa. Kita tidak dicemari titis-titis hitam kehidupan. Maka kita lahir dalam keadaan yang sangat mulia disisi Allah.
Berbalik pada realiti, cuba anda perhatikan gelas yang kosong itu. Dan bayangkan itu waktu kehidupan seharian kita. Kita mempunyai 24 jam sehari bukan? Dan dalam 24 jam inilah, kebaikan dan keburukan akan berlumba-lumba untuk mengisi ruang gelas yang kosong tadi. Bermula dengan kebaikan yang dikurniakan dalam diri, menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan samada gelas itu akan terus suci atau dicemari.
Sekarang cuba pula anda tuangkan air kosong atau air zamzam atau air mineral kedalam gelas tersebut? Warnanya masih lagi jernih! Suci dan masih lagi dapat ditembusi oleh pandangan mata. Inilah yang diibaratkan sebagai jiwa dan kehidupan yang dipenuhi amal kebaikan. Insya-Allah hati kita masih lagi jernih dengan iman tetapi tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan selain Nabi Muhammad S.A.W. Sekarang, cuba anda tenung air tersebut dengan lebih dekat lagi. Anda akan terlihat debu-debu halus berenang di dalam air yang suci itu. Itulah dosa orang yang beriman. Halus, sangat sedikit sehigga dilihat dengan dekat pun belum tentu akan terperasan akan kehadirannya. Dari pandangan mata kasar, dia tetap suci dan jernih..penuh dengan kebaikan yang dilakukan.
Cuba ambil sebuah gelas kosong lagi. Asalnya dia juga sama, suci, lutsinar pada pandangan mata. Tuangkan air kopi atau coke didalamnya perlahan-lahan. Sedikit sebanyak kesucian tadi hilang bukan? Anda akan dapat melihat sebuah gelas yang dipenuhi titis-titis hitam pekat yang menghalang pandangan mata anda untuk menembusi gelas tersebut. Inilah, yang diibaratkan sebagai kehidupan dan hati yang kotor. Hati yang penuh likat dengan dosa. Daripada keadaan suci bersih, kehidupan itu menjadi sedikit gelap dan kemudian lebih gelap dan berterusan gelap selamanya. Jika dicuci dengan air dan sabun barulah cawan itu akan kembali suci. Air dan sabun itulah yang diibaratkan sebagai taubat.
Justeru, kita wajiblah memenuhkan ruang kehidupan kita dengan amal kebaikan. Bukan bertaubat berkali-kali dan kemudian melakukan kembali dosa tersebut. Perbuatan itu umpama mempermainkan Allah S.W.T. Mempermainkan sifat Allah yang Maha Pengampun. Akhirnya, bukan sahaja dosa melakukan maksiat tetapi dosa mempermainkan Allah juga kita perolehi. Bayangkan kemungkaran Allah S.W.T terhadap hamba-Nya yang tidak langsung takut dan cinta pada-Nya? .
Bertaubat dan berdoa sebenarnya hanya merupakan salah satu cabang usaha.
Ada orang menyangka, untuk berhenti daripada melakukan dosa, dia hanya perlu sekadar berdoa dan melaksanakan solat taubat. Sesungguhnya dia silap!. Usah menoktahkan usaha hanya sekadar berdoa dan solat taubat. Anda perlu melakukan lebih daripada itu.
Kerana apa? Kerana syaitan tidak pernah sesaat pun berhenti daripada menyesatkan manusia. Dan ketahuilah, syaitan itu musuh kamu yang nyata!
Meskipun syaitan mengalir dalam pembuluh darah manusia, ingatlah, Allah itu lebih dekat daripada urat leher kita. Allah sentiasa ada bersama kita. Dia ada untuk melindungi hamba-hamba-Nya daripada godaan syaitan. Dan jika kena pada cara kita, Insya-Allah kita berjaya menangkis godaan-godaan syaitan tersebut.
Hamba Allah yang manakah yang akan bebas daripada godaan syaitan? Hanya hamba-hamba Allah yang ikhlas sahaja yang akan dilindungi daripada godaan syaitan. Maka, sama-samalah latih diri untuk ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara yang baik. Semua perkara yang kita lakukan harus bermatlamatkan Allah. Demi mencapai Redha-Nya dan rahmat-Nya.
Akhirnya, selain doa dan solat taubat, isilah dan sibukkanlah kehidupan anda dengan sebanyak-banyaknya amalan kebaikan. Jauhkan diri anda daripada pintu-pintu dan amalan-amalan kejahatan yang berpotensi untuk membawa anda ke arah kejahatan yang lebih dasyat. Wallahualam.

:)

Salaam (also spelled Salam) (Arabic: السلام, as-Salām) may refer to: Salām, the word for "peace" in Arabic, often used as a greeting